Oppo N3 Dilancarkan – Telefon Pintar Dengan Kamera Berputar Mekanikal

Oppo N3 Dilancarkan – Telefon Pintar Dengan Kamera Berputar Mekanikal

Diterbitkan pada Okt 29, 2014 oleh .

Oppo merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti yang mana telah memperkenalkan beberapa peranti menarik. Pada tahun lepas mereka telah memperkenalkan Oppo N1 yang hadir dengan sokongan kamera berputar membolehkan pengguna menggunakan kamera belakang 13-megapixel yang turut boleh digunakan untuk rakaman gambar hadapan. Selang setahun, kini mereka melancarkan Oppo N3 secara rasminya, yang mana hadir dengan kemaskini baru – iaitu kamera berputar secara mekanikal, membolehkan ia berputar secara automatik, selain turut menyertakan sokongan manual.

Oppo N3

Fungsi kawalan mekanikal ini turut boleh dikawal menggunakan O-Click yang sedia ditawarkan oleh Oppo sebelum ini, selain pengguna turut boleh mengawal fungsi rakaman menggunakan ruangan khusus dibelakang, selain turut digunakan untuk tujuan sekuriti.

Kamera 16-megapixel yang disertakan pada peranti ini turut boleh digunakan untuk rakaman panorama secara mekanikal dengan menegak. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk merakamkan gambar tersebut, tetapi hasil daripadanya agak cantik berbanding penggunaan rakaman biasa. Disamping itu, ia turut dilengkapi dengan fungsi Tracking – yang mana membolehkan pengguna menetapkan objek yang ingin dirakam, dan fokus terhadapnya tidak akan berubah dan mengikut gerakan objek tersebut.

Oppo N3

Oppo N3

Bercakap mengenai kamera, pihak Oppo turut mengatakan mereka turut menyertakan lensa yang amat baik pada peranti mudah-alih, selain turut dilengkapi dengan fungsi VOOC untuk pengecasan pantas – membolehkan peranti dicas sehingga 75% dalam masa kurang 30 minit.

Oppo N3

Oppo N3

Melengkapkan pengenalan Oppo N3 ini adalah aksesori khusus untuknya dinamakan sebagai O-Click yang mana kini generasi baru untuk O-Click turut menawarkan sokongan menjawab panggilan, selain daripada fungsi mengawal media yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Oppo N3

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip empat-teras MSM8974AA, skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1920×1080 pixel, kamera 16-megapixel, bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan ruangan storan bersaiz 32GB (dengan kebolehan mikro-SD sehingga 128GB). Ia membawakan tanda harga global $649 (~RM2123).

Oppo N3 yang dilancarkan hari ini dijangka akan dipasarkan di Malaysia pada penghujung November atau pada bulan Disember kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Kami akan membawakan pandang pertama untuk peranti ini pada penghujung hari ini.

Oppo N3

Oppo N3

Oppo N3


TIPS & ULASAN