Bersama-sama pengenalan Oppo N3, pihak Oppo turut mengambil peluang untuk memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Oppo R5. Oppo memasarkan telefon ini dengan fokus terhadap rekaan yang amat nipis di dunia.
Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip lapan-teras daripada Qualcomm yang turut membawakan rekaan 64-bit, skrin bersaiz 5.2-inci, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan menggunakan bateri berkapasiti 2000mAh serta dilengkapi dengan sokongan VOOC untuk pengecasan pantas.
Oppo mengatakan ia hadir dengan rekaan yang amat nipis dan tahan, serta dilengkapi dengan sokongan penyejukan khusus untuk mengelakkan peranti daripada menjadi panas. Pihak Oppo memfokuskan kepada rekaan peranti ini yang mana dikatakan turut digilap menggunakan tangan untuk memberikan rekaan yang amat selesa ditangan.
Fungsi lain seperti Power Saving Mode turut disertakan yang mana telah menjadi salah satu fungsi popular dipelbagai peranti pada hari ini. Oppo R5 akan hadir dalam beberapa warna, termasuk warna emas, dan hadir dengan sokongan rangkaian LTE.
Tarikh pelancaran dan harga jualan tempatan masih tidak diketahui, tetapi dijangka akan hadir sebelum Oppo N3. Untuk harga jualan global, Oppo R5 membawakan tanda harga $499 (~RM1632).