Microsoft Menyasarkan Untuk Melancarkan Office 16 Pada Pertengahan Kedua 2015

Microsoft Menyasarkan Untuk Melancarkan Office 16 Pada Pertengahan Kedua 2015

Diterbitkan pada Okt 29, 2014 oleh .

Office OnlineMicrosoft Office merupakan salah satu perisian pejabat yang digunakan ramai, terdiri daripada Word, Excel, PowerPoint dan beberapa yang lain. Dengan kemaskini sistem operasi Windows 10, pihak Microsoft turut dijangka akan memperkenalkan versi terbaru Office mereka, dikenali dengan nama kod Office 16.

Microsoft Office 2013 telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang lepas di Malaysia, dan dengan kemaskini antara dua ke tiga tahun, 2015 merupakan salah satu tahun yang dijangka akan menerima kemaskini tersebut sebelum ini.

Apa pun, sebelum pengenalan Office 16 pada pertengahan kedua 2015 kelak, pihak Microsoft turut dijangka memperkenalkan aplikasi Office untuk Android seawal bulan November ini, selain turut menawarkan Office Preview untuk Mac.

Dengan fokus pihak Microsoft yang serba baru dibawah Satya Nagella, mereka dilihat menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelbagai platform, dan semestinya ramai yang menantikan perisian Office pertama dibawah pentadbiran beliau.


TIPS & ULASAN