Malindo Air merupakan salah satu syarikat penerbangan yang mana menawarkan penerbangan didalam dan luar negara. Terkini, mereka telah menerbitkan aplikasi rasmi untuk pengguna Android dan iOS, sekaligus membolehkan pengguna untuk membuat tempahan menggunakannya.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat beberapa perkara, termasuk membuat carian penerbangan, membuat tempahan, melihat profil dan melihat sejarah tempahan tiket anda dengan Malindo.
Bagi anda yang sering membeli tiket penerbangan di Malindo, dan ingin memudahkan proses tersebut mungkin boleh cuba memuat-turunnya dan memudahkan lagi pembelian terus pada peranti mudah-alih anda.
- Muat-Turun Malindo Air untuk Android
- Muat-Turun Malindo Air untuk iOS