Carian
Google Akan Memperlihatkan Demo Prototaip Terbaru Telefon Modular ARA Pada Awal 2015
October 29, 2014 Aman

Google ATAP (Advanced Technology and Projects) hari ini berkongsi perkembangan semasa dalam Project Ara, dimana mereka menjadualkan acara khusus untuk pembangun pada awal tahun 2015 kelak, yang mana akan memperlihatkan mereka berkongsi beberapa perkara ketika acara tersebut.

Dijadualkan di Singapura pada 21 Januari 2015.Google mengatakan mereka akan memperlihatkan prototaip terbaru untuk ARA ketika cara tersebut, dan turut memperlihatkan beberapa perkembangan semasa daripada pembangunan modul daripada beberapa pembangun terpilih.

Project Ara merupakan projek telefon modular daripada pihak Google. Melaluinya, mereka menyasarkan untuk mengurangkan pembaziran barangan dan komponen elektrik, disamping menguntungkan para pengguna. Melalui sokongan modular ini, sebagai contoh, sekiranya seseorang ingin menaik taraf kamera mereka kepada lensa yang lebih baik, maka mereka hanya perlu mengubah modul tersebut sahaja tanpa perlu mengubah keseluruhan telefon.

Pihak Google turut mengatakan mereka akan berkongsi beberapa perancangan mereka untuk pemasaran awal telefon modular tersebut yang dijadualkan dilakukan pada 2015 kelak.

Acara khusus pembangun ini akan diadakan di dua lokasi, iaitu di Amerika Syarikat dan juga Singapura. Untuk versi Singapura, ia akan diadakan pada 21 Januari kelak.

Komen