Cari @ Amanz

WhatsAppWhatsApp telah diambil-alih oleh pihak Facebook pada awal tahun ini, dan mereka ketika itu menyasarkan untuk memperkenalkan fungsi panggilan suara. Perkara yang disasarkan untuk pengenalan beberapa bulan lepas tidak menjadi kenyataan, dan kini pihak WhatsApp berkongsi mengatakan ia kini disasarkan untuk pengenalan pada suku pertama 2015 kelak.

WhatsApp mengatakan mereka sedang melalui beberapa masalah teknikal, dan memandangkan ramai menggunakan WhatsApp dengan rangkaian 2G di negara-negara membangun, maka mereka sedang melihat kepada beberapa cara untuk mengoptimumkan penggunaan data ketika membuat panggilan suara.

WhatsApp turut berkongsi statistik semasa pengguna mereka, mengatakan kini mempunyai lebih daripada 600 juta pengguna aktif bulanan, dan ramai hadir dari negara-negara membangun terutamanya Brazil dan India. Memandangkan ingin memberikan pengalaman panggilan suara yang baik, pihak WhatsApp dilihat sedang melihat kepada beberapa kaedah dari segi teknikal.

Selain daripada WhatsApp, beberapa penyedia lain telah menawarkan sokongan panggilan suara, termasuk pihak Facebook sendiri dengan Facebook Messenger. Apa pun, sekiranya pihak WhatsApp sendiri memperkenalkan fungsi tersebut, ia semestinya memberikan impak yang lebih besar memandangkan angka pengguna mereka yang lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd