YouTube Kini Menyertakan Sokongan Paparan Video Dalam Bentuk 60fps

YouTube Kini Menyertakan Sokongan Paparan Video Dalam Bentuk 60fps

Diterbitkan pada Okt 30, 2014 oleh .

YouTube merupakan salah satu perkhidmatan video yang popular diseluruh dunia, dan terkini dengan penambahan penawaran untuk pemain – seperti aplikasi pada PS4 dan sebagainya, perkhidmatan tersebut turut menambah sokongan paparan dalam bentuk 60fps.

60fps

Dengan 60fps, ia membawakan kadar pertukaran frame yang lebih pantas, sekaligus memperlihatkan video dengan cantik – terutamanya untuk video-video seperti permainan dan yang mempunyai pelbagai aksi.

Untuk menikmati sokongan ini, pengguna perlulah menonton sesuatu video 60fps tersebut dalam bentuk 720p atau 1080p, dan dikatakan hanya menyokong Safari atau Chrome sahaja buat masa ini.

Mungkinkah dengan pengenalannya, lebih banyak kandungan berbentuk video permainan akan hadir ke YouTube?


TIPS & ULASAN