Sony Xperia Z3 Tablet Compact Membawakan Tanda Harga RM1699 Di Malaysia

Sony Xperia Z3 Tablet Compact Membawakan Tanda Harga RM1699 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 30, 2014 oleh .

Sony mempunyai beberapa penawaran produk menarik pada suku tahun ini, dimana selepas memperkenalkan telefon pintar Xperia Z3 dan Xperia Z3 Compact, serta lensa-kamera QX1 untuk pasaran Malaysia, kini Sony turut telah membuka pra-tempahan untuk tablet bersaiz 8-inci daripada mereka, iaitu Xperia Z3 Tablet Compact.

Xperia Tablet Z3 Compact

Tablet yang ringan dan kalis air ini akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, serta dilengkapi cip Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan kamera belakang 8.1-megapixel. Bateri padanya sebesar 4100mAh.

Tablet ini turut hadir dengan sokongan seperti Xperia Z3, termasuk sokongan memainkan PlayStation secara Remote.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1699 untuk versi LTE, dan anda akan menerima Docking Station atau sebuah headphone khusus apabila membuat pra-tempahan hari ini.

Xperia Tablet Z3 Compact

Lawati : Halaman Pra-Tempahan Sony


TIPS & ULASAN