Ingat BitStrip? Kini Mereka Hadir Dengan Bitmoji – Membolehkan Anda Menggunakan Emoji Dengan Avatar Peribadi

Ingat BitStrip? Kini Mereka Hadir Dengan Bitmoji – Membolehkan Anda Menggunakan Emoji Dengan Avatar Peribadi

Diterbitkan pada Okt 30, 2014 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, penggunaan BitStrip agak popular, dimana pengguna boleh mengekspresikan diri dengan komik dan berkongsi ia di laman sosial seperti Facebook. Terkini, pembangunnya turut hadir dengan sebuah aplikasi baru, dinamakan sebagai Bitmoji.

Bitmoji

Bitmoji merupakan fokus mereka terhadap emoji, dan pada masa yang sama membolehkan anda berkongsi emoji tersebut dengan avatar anda tersendiri.

Ketika memulakan aplikasi ini, anda akan diminta untuk membuat avatar tersendiri, termausk memilih warna kulit, bentuk wajah, pakaian dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai, ia akan hadir dengan koleksi emoji automatik dengan avatar anda untuk digunakan pada aplikasi permesejan dan lain-lain.

Aplikasi ini boleh digunakan pada Android dan iOS. Melalui percubaan kami pada aplikasi Android, ia berfungsi tanpa masalah, dan ia dilihat dikongsi sebagai format gambar kepada pengguna lain.

Memandangkan Bitmoji menawarkan sokongan untuk hadir dengan ekspresi emoji dengan avatar tersendiri, tidak mustahil untuk ia turut popular seperti Bitstrip sebelum ini. Anda yang berminat boleh memuat-turunnya hari ini dan mula berkongsi emoji dengan avatar tersendiri kepada rakan-rakan anda, dan membuatkan permesejan anda lebih ceria lagi.

Muat-Turun Bitmoji untuk iPhone

Muat-Turun Bitmoji untuk Android


TIPS & ULASAN