Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai idea tentang rupa dan fungsi komputer di masa hadapan. Ada yang percaya ianya akan pupus kerana penggunaan tablet adalah jauh lebih mudah. Jika anda menonton filem 2001 A Space Odyssey, Stanley Kubrick berjaya meramal kewujudan tablet yang digunakan oleh pengguna untuk membawa akhbar digital. Di dalam Minority Report pula Steven Spielberg meramal komputer masa hadapan akan dikawal dengan menggunakan pergerakan jari. Bagi Hewlett Packard masa depan komputer akan menggabungkan kedua-dua idea pengarah terkemuka dunia ini. HP Sprout ialah visi masa depan komputer desktop yang menggabungkan alat pengimbas, kamera, dua skrin, projektor, tablet melukis dan papan kekunci maya di dalam sebuah mesin.

Di dalam mod biasa pemancar akan memancarkan papan kekunci maya yang dipaparkan pada permukaan meja merangkap skrin kedua. Terdapat mesin pengimbas yang boleh mengimbas objek yang diletakkan di atas meja. Imej dari imbasan boleh dimanipulasi dengan menggunakan jari. Kamera pada bahagian atas Sprout akan mengesan pergerakan jari pengguna kepada input untuk menggerakkan objek yang dipaparkan. Penggunaan dua paparan skrin juga membolehkan skrin kedua digunakan sepenuhnya sebagai alat kawalan permainan sementara skrin kedua memaparkan aplikasi yang dikawal. Sprout dijual pada harga 1899 Dollar (RM 6244) dan pada pendapat kami harga ini sangat berpatutan dengan pelbagai fungsi unik yang ditawarkan.Terdapat pelbagai cara penggunaan dan idea baru yang kami lihat pada Sprout. Ada yang praktikal dan tak kurang juga ada yang kurang mesra pengguna. Tetapi keberanian HP untuk mencipta komputer desktop yang berbeza dari biasa ini harus dipuji.

HP-blended-reality-designboom01

HP-blended-reality-designboom04

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd