Google Bookmark Manager Diperkenalkan Dalam Bentuk Pemalam Untuk Pengguna Chrome

Google Bookmark Manager Diperkenalkan Dalam Bentuk Pemalam Untuk Pengguna Chrome

Diterbitkan pada Okt 30, 2014 oleh .

Ingatkah lagi berkenaan dengan perkongsian kami berkenaan Google Stars sebelum ini? Kini nampaknya pihak Google telah memperkenalkan ia kepada umum dalam bentuk pemalam, dan menggunakan nama baru – Google Bookmark Manager.

Melalui Google Bookmark Manager ini, ia membolehkan pengguna untuk menyimpan sesuatu pautan dengan hanya satu klik sahaja, dan anda turut boleh menambah nota dan tag khusus ketika menyimpannya. Google Bookmark Manager turut hadir dengan sebuah halaman khusus, membolehkan pengguna menyusun ia mengikut topik, selain turut berkongsi pautan dengan yang lain dengan mudah.

Penggunaan Google Bookmark Manager ini juga akan sync data kepada semua peranti anda untuk membolehkan anda mengakses pautan yang disimpan anda pada bila-bila masa.

Sebelum ini pihak Opera turut memperkenalkan sokongan yang lebih kurang sama, tetapi diintegrasikan terus ke pelayar web tanpa sebarang pemalam tambahan.

Google Stars

Google Stars

Muat-Turun Google Bookmark Manager untuk Chrome


TIPS & ULASAN