Perlumbaan dalam teknologi untuk peranti mudah-alih boleh dikatakan bergerak pantas dari hari ke hari untuk memenuhi permintaan pasaran dan pengeluar peranti. Terkini, dengan ramai yang hadir dengan rekaan peranti yang nipis, kini pihak LG turut memperkenalkan sebuah panel LCD baru yang mana membawakan bahagian tepi senipis 0.7mm sahaja.
Panel LCD dengan paparan HD penuh ini dilihat akan membolehkan pengeluar peranti hadir dengan telefon pintar yang menggunakan skrin pada keseluruhan, tanpa bahagian tepi peranti yang tebal seperti pada hari ini.
LG Display mengatakan mereka menjayakan perkara ini dengna menggunakan teknologi pemprosesan modul dinamakan “Neo Edge”, dan pada masa yang sama membawakan sokongan kalis air dan debu.
LG Display dijangka akan mengeluarkan ia untuk pasaran bermula bulan November ini, dan mungkin kita akan melihat peranti yang menggunakannya tidak lama lagi.