iPhone 6 Bermula RM2399, iPhone 6 Plus Bermula RM2749 – Dijual 6 November

iPhone 6 Bermula RM2399, iPhone 6 Plus Bermula RM2749 – Dijual 6 November

Diterbitkan pada Okt 31, 2014 oleh .
Harga iPhone 6
iPhone 6 16GB RM2399
iPhone 6 64GB RM2749
iPhone 6 128GB RM3149
iPhone 6 Plus 16GB RM2749
iPhone 6 Plus 64GB RM3149
iPhone 6 Plus 128GB RM3549

Ramai yang sedia menantikan harga jualan untuk dua telefon pintar terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus. Kini, dengan permulaan pra-tempahan oleh pihak DiGi dan Maxis di Malaysia, harga jualan rasmi untuk iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus telah pun diketahui.

Di Malaysia, iPhone 6 akan dijual pada harga RM2399 untuk versi 16GB, RM2749 untuk 64GB, dan juga RM3149 untuk versi 128GB. Sementara untuk iPhone 6 Plus pula, ia akan dijual pada harga bermula RM2749 untuk 16GB, RM3149 untuk 64GB, dan juga RM3549 untuk 128GB.

iPhone 6 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan A8, dan dijana menggunakan iOS8. Sama juga dengan iPhone 6 Plus, tetapi ia menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci. Pihak Apple turut menyertakan beberapa perkara khusus untuk skrin iPhone 6 Plus, termasuk dwi-tap butang Home untuk penggunaan sebelah tangan, dan juga kebolehan menggunakan peranti secara melintang.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual oleh para pengedar rasmi Apple, selain turut ditawarkan oleh pihak syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan juga Celcom.

Melalui pelan DiGi, telefon pintar ini akan dijual pada harga bermula RM1181 untuk iPhone 6, dan juga RM1516 untuk iPhone 6 Plus.

iPhone 6

Layari : Halaman Tempahan iPhone 6 DiGi

Maxis pula akan menawarkan ia pada harga bermula RM659 untuk iPhone 6, dan juga RM999 untuk iPhone 6 Plus.

Seperti biasa, kedua-duanya tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat telekomunikasi tersebut, dan perlulah melanggan perkhidmatan mereka selama sehingga 24 bulan.

Layari : Halaman iPhone 6 Maxis

Apa pun, menariknya mengenai Maxis adalah mereka mempunyai penghantaran pada waktu tengah malam, membolehkan pengguna mendapatkan peranti terus pada tengah malam 6 November 2014, dan menjadi antara yang terawal di Malaysia menggunakannya tanpa perlu beratur untuk membeli peranti berkenaan.

Celcom buat masa ini hanya menawarkan pra-tempahan sahaja tanpa menyediakan sebarang pelan khusus untuk iPhone 6 atau iPhone 6 Plus.

Di Malaysia, kedua-dua peranti tersebut akan mula dijual secara rasminya bermula 6 November kelak.


TIPS & ULASAN