Carian
Taman Tema Angry Birds Dibuka Di Johor Bahru
October 31, 2014 Aman

Peminat tegar Angry Birds? Kini sebuah taman tema permainan Angry Birds dibuka di Johor Bahru, dinamakan sebagai Angry Birds Activity Park. Taman ini terletak di KOMTAR JBCC, dan boleh dilawati oleh semua orang bermula daripada hari ini.

Taman Tema Angry Birds JB

Taman Tema Angry Birds JB

Taman Tema Angry Birds JB

Taman Tema Angry Birds JB

Seperti kebanyakkan taman tema, Angry Birds Activity Park turut terbahagi kepada beberapa bahagian, termasuk dipanggil sebagai Danger Zone, Utopia, Classic dan juga South Beach. Daripada gambar yang dikeluarkan oleh pengurusnya, pelbagai elemen berkaitan dengan Angry Birds diintegrasikan pada taman permainan ini.

Untuk memasuki taman tema ini, pengguna perlu membeli tiket yang berharga RM60 untuk kemasukkan sekali, ataupun RM180 untuk Annual Pass.

Komen