Cari @ Amanz

Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan keluarga peranti baru dibawah mereka yang memfokuskan kepada penggunaan kerangka dan binaan berasaskan logam, dinamakan Galaxy A. Bersama-sama dengan pengumuman ini, dua peranti baru diumumkan, iaitu Galaxy A3 dan juga Galaxy A5.

Galaxy A5

Galaxy A5

Samsung Galaxy A5 merupakan telefon dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi paparan 720p AMOLED< dan cip pemprosesan 1.2Ghz. Galaxy A5 dilengkapi dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Galaxy A3

Samsung Galaxy A3 pula hadir dengan skrin 4.5-inci, skrin qHD Super AMOLED, dan cip pemprosesan sama, iaitu 1.2GHz. Ia dilengkapi kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE, dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Fungsi popular seperti Ultra Power Saving Mode turut hadir, selain daripada fungsi Multi-Screen.

Kedua-dua peranti akan hadir dalam variasi warna putih, hitam, silver, merah jambu, biru dan juga emas.

Ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan di Malaysia. Galaxy A5 sedia menerima pengesahan pihak SIRIM, maka mungkin kita akan melihatnya di Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd