Carian
MSI GT80 Titan : Komputer Riba Dengan Papan Kekunci Mekanikal
October 31, 2014 Effi Saharudin

Kami kurang selesa menggunakan komputer riba kerana papan kekuncinya tidak berapa selesa digunakan untuk tempoh yang lama. Papan kekunci normal yang kami gunakan pada komputer desktop jauh lebih selesa dengan key travel yang tidak menyakitkan jari. Bagi seorang gamer tegar papan kekunci mekanikal adalah keperluan bagi mengurangkan kesilapan ketika saat genting. Keperluan kekunci mekanikal jugalah antara sebab kenapa komputer riba yang direka khas untuk permainan komputer masih belum mampu menyaingi desktop.

MSI-GT80-Titan-1

Tetapi jika ada komputer riba dengan kekunci mekanikal adalah anda berminat untuk memilikinya? Isnin lalu MSI memperlihatkan komputer AIO untuk golongan gamer pertama di dunia. Minggu ini mereka mengumumkan sebuah komputer riba dengan papan kekunci mekanikal Steel Series. Spesifikasi penuh komputer riba MSI GT80 Titan ini masih belum didedahkan. Apa yang kami tahu setakat ialah ia sebuah komputer riba dengan skrin 18″ dan papan kekunci mekanikal menggunakan suiz MX Cherry Brown. Apa yang kami rasakan sangat menarik ialah ini adalah komputer riba yang mempunyai kekunci bersaiz penuh (tinggi 25mm) dengan ketinggian 5 kali ganda ketinggian kekunci komputer riba biasa. Sungguhpun kekunci ini tebal, pihak MSI mendakwa MSI GT80 Titan adalah lebih nipis dan ringan berbanding komputer riba pesaing.

Tarikh pelancaran produk ini masih belum diumumkan secara rasmi tetapi kemunculan komputer riba dengan papan kekunci mekanikal sememangnya sebuah inovasi yang sudah lama dinantikan.

MSI-GT80-Titan-2

Komen