eTree : Pokok WiFi Percuma Dan Pengecas Peranti Berkuasa Solar

eTree : Pokok WiFi Percuma Dan Pengecas Peranti Berkuasa Solar

Diterbitkan pada Okt 31, 2014 oleh .

Banyak peranti elektrik tahun ini menekankan perkataan mesra alam. Kemesraan alam dijadikan modal untuk menarik minat pembeli membeli peranti tersebut. Di Malaysia penekanan terhadap peranti mesra alam dengan jejak karbon yang kecil masih rendah. Yang penting di Malaysia ialah peranti yang dibeli adalah murah dan berbaloi untuk dimiliki. Benda murah paling disukai rakyat Malaysia ialah WiFi percuma. Dari Starbucks hinggalah ke kedai mamak kemudahan WiFi percuma adalah penting bagi mereka yang tidak mempunyai pelan data pada peranti. Kewujudan WiFi percuma juga adalah penyebab mengapa kafe saiber semakin pupus di Malaysia.

etree-3

Bercakap tentang WiFi percuma di Israel mereka sedang membangunkan eTree. Ia adalah sebuah “pokok” elektronik yang bukan sahaja membekalkan elektrik untuk mengecas peranti malahan memberikan perkhidmatan WiFi percuma. Kesemua ini dilakukan dengan bekalan elektrik yang dijana oleh eTree menggunakan panel solar yang kelihatan seperti daun pokok. Pada waktu malam pula ia berubah menjadi lampu jalan yang menerangi kawasan persekitarannya. eTree ini dicipta oleh syarikat Sologic dan kini digunakan di sebuah taman awam di Israel. Semakin hari projek awam mesra alam sebegini kami lihat semakin popular. Di London projek Solarbox menggunakan semula kotak telefon awam ikonik menjadi stesen pengecas peranti menggunakan kuasa solar.Sementara itu di Boston projek Soofa pula ialah tempat duduk awam merangkap tempat mengecas peranti berkuasa solar.

etree-1


TIPS & ULASAN