Andy Rubin – Pengasas Android Meninggalkan Google, Berminat Untuk Memulakan Inkubator

Andy Rubin – Pengasas Android Meninggalkan Google, Berminat Untuk Memulakan Inkubator

Diterbitkan pada Okt 31, 2014 oleh .

Nama Andy Rubin mungkin bukan sesuatu yang asing bagi para peminat platform Android. Beliau sebelum ini telah mengetuai pembangunan Android di Google, sebelum beralih kepada jawatan pengurusan projek robotik di Google. Terkini, beliau telah meninggalkan syarikat Google, dan dikatakan berminat untuk memulakan inkubator tersendiri untuk produk hardware teknologi.

Andy Rubin telah memulakan Android bersama-sama beberapa rakan lain pada Oktober 2003 yang lepas, yang mana ia dimulakan dengan fokus terhadap sistem operasi kamera digital – tetapi berubah fokus terhadap telefon pintar tidak lama selepas itu. Google telah mengambil-alih Android pada tahun 2005, dan telah mengetuai bahagian tersebut untuk beberapa tahun.

Dengan Android yang kini meliputi majoriti platform operasi mudah-alih di dunia, Andy Rubin telah beralih kepada bahagian robotik di Google, dan kini telah keluar untuk meneruskan cita-cita beliau yang lain. Mungkin kita akan mendengar perkembangan semasa beliau tidak lama lagi, apatah lagi dengan minat beliau dalam arena teknologi dan hardware.


TIPS & ULASAN