Pengguna Tempatan Melaporkan Galaxy Tab 10.1 Terbakar Secara Tiba-Tiba

Pengguna Tempatan Melaporkan Galaxy Tab 10.1 Terbakar Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan pada Okt 31, 2014 oleh .

Sebelum ini kita sedia mendengar beberapa kali yang mana beberapa gajet terbakar ketika pengecasan dan sebagainya. Kini, sebuah kes baru hadir melibatkan pengguna tempatan, mengatakan ia terbakar secara tiba-tiba ketika dalam keadaan idle.

Model yang terlibat adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 (Model GT-P7500) yang telah digunakan melebihi 3 tahun. Daripada emel yang dihantar kepada kami, pembaca tersebut tablet berkenaan berada dalam keadaan tidak digunakan ketika itu, dan terbakar secara tiba-tiba.

Tab Terbakar

Tab Terbakar

Perkara ini boleh dikatakan agak berbahaya, dan boleh membahayakan pengguna sekiranya ia berlaku dalam keadaan tidur ataupun tidak sedar. Menurut pemiliknya, beliau ingin menekankan yang mana jangan tinggalkan peranti dengan kanak-kanak kerana pelbagai kejadian mungkin berlaku ketika ketiadaan anda.

Kami telah menghubungi pihak Samsung, dan akan mengemaskini artikel ini sekiranya menerima komen mereka.


TIPS & ULASAN