Cari @ Amanz

Peranti boleh-pakai dan jam tangan pintar agak popular pada tahun ini, dan pihak MIMOS turut tidak ketinggalan dalam memperlihatkan konsep mereka. Pada Pameran Inovasi Kebangsaan, pihak MIMOS memperlihatkan sebuah rekaan untuk komputer yang boleh dipakai pada pergelangan tangan.

MIMOS Wearable PC

MIMOS Wearable PC

Melalui rekaan yang diperlihatkan, ia hanya sekadar konsep dan rekaan industri sahaja. Tiada pengoperasian yang dilakukan pada peranti tersebut – tetapi dikatakan hal-hal demikian telah diambil-kira dalam rekaan tersebut.

DSC_0179

MIMOS Wearable PC

Ia tidak diketahui sama ada rekaan tersebut akan dikomersialkan dalam produk sebenar ataupun sebaliknya. Sebelum ini, MIMOS adalah antara yang terawal hadir dengan tablet PC, tetapi ia tidak dipasarkan dengan meluas, selain hanya menggunakan sistem operasi Windows XP ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd