Bercakap mengenai cip pemprosesan untuk peranti boleh-pakai, nama yang kita sering dengar adalah beberapa nama popular, seperti Qualcomm dan lain-lain. Terkini, MIMOS turut memperlihatkan cip pemprosesan mereka yang boleh digunakan pada peranti boleh-pakai.
Tiada sebarang spesifikasi yang dikeluarkan oleh pihak MIMOS untuk cip pemprosesan ini buat masa ini. Daripada apa yang dikongsikan, ia boleh digunakan bersama-sama beberapa sensor, selain turut dioptimasikan untuk beberapa jenis peranti seperti gelang tangan pintar, jam tangan pintar dan sebagainya.
MIMOS tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan apakah peranti pertama yang akan menggunakannya dan sebagainya.