Carian
Slurp Kini Membolehkan Anda Membuat Tempahan Penghantaran Makanan Terus Pada Peranti Mudah-Alih
October 31, 2014 Aman

Slurp telah dilancarkan sebelum ini dalam usaha memudahkan pemilik perniagaan untuk menguruskan sistem jualan – terutamanya di restoran, disamping membolehkan pengguna untuk membuat tempahan makanan di sesuatu kedai. Ketika pengenalan, ia hanya terhad untuk tempahan dalam kedai sahaja, dan kini ia diperluaskan untuk sokongan penghantaran.

Menggunakannya, pengguna boleh membuat tempahan makanan terus menggunakan aplikasi Slurp pada Android atau iPhone, sementara untuk penjual yang menggunakan sistem Slurp pula, mereka boleh menguruskannya dengan mudah terus pada sistem Slurp.

Aplikasi tersebut juga kini memaparkan tempat makanan menarik sekitar anda melalui sokongan geolokasi. Apa pun, daripada percubaan kami, kuantiti restoran yang menggunakan Slurp masih sedikit, dan mungkin kita akan dapat melihat ia ditambah dalam minggu-minggu akan datang.

Slurp Delivery

Komen