Carian
Huawei Ascend Mate 7 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 November
October 31, 2014 Aman

Huawei pada IFA 2014 yang diadakan bulan September lepas telah memperkenalkan Ascend Mate 7. Peranti yang pada awalnya dijadualkan untuk pelancaran pada bulan Oktober dilihat ditangguhkan sedikit, dan akan dilancarkan pada pertengahan November ini.

Huawei Ascend Mate 7

Huawei Ascend Mate 7 merupakan generasi ketiga dibawah keluarga Ascend Mate, mengekalkan saiz skrin 6-inci, dan turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan cip Kirin 925, memori dalam pilihan 2GB atau 3GB RAM, dan turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM, yang mana kedua-duanya boleh menggunakan rangkaian 4G.

Harga jualan dan tarikh mula jualannya masih tidak diketahui lagi. Kami akan hadir dengan pandang pertama untuknya seawal minggu hadapan.

http://www.youtube.com/watch?v=nWR7KNa4JnE

Komen