Microsoft Memperkenalkan Versi Baru Outlook Untuk Mac Khusus Bagi Pelanggan Office 365

Microsoft Memperkenalkan Versi Baru Outlook Untuk Mac Khusus Bagi Pelanggan Office 365

Diterbitkan pada November 1, 2014 oleh .

Outlook merupakan sebuah klien emel yang disediakan oleh Microsoft untuk para pengguna Windows, Mac, Android dan iOS. Terkini, gergasi perkomputeran dari Redmond tersebut telah pun melancarkan versi terbaru Outlook untuk pengguna Mac.

Microsoft Outlook Office

Menurut Microsoft, melalui kemaskini ini ia menawarkan pengalaman penggunaan yang selari pada pelbagai platform untuk pengguna Outlook. Disamping itu, ia kini membawakan prestasi pemprosesan yang lebih baik, disamping dilengkapi sokongan pengarkiban online dan juga sokongan Office 365 Push Email.

Perisian Outlook untuk Mac ini ditawarkan kepada para pelanggan Office 365 seluruh dunia. Sekiranya anda menggunakan Office 365 dan mempunyai komputer Mac, anda boleh memuat-turunnya hari ini daripada halaman akaun di Office 365.


TIPS & ULASAN