Hewlett-Packard Hadir Dengan MB Chronowing – Jam Tangan Pintar Yang Kelihatan Elegan

Hewlett-Packard Hadir Dengan MB Chronowing – Jam Tangan Pintar Yang Kelihatan Elegan

Diterbitkan pada November 1, 2014 oleh .

Jam tangan pintar telah menjadi salah satu perlumbaan yang disertai kebanyakkan syarikat elektronik pada tahun ini. Samsung telah memperkenalkan beberapa jam tangan pintar sehingga kini yang menggunakan Tizen, selain turut hadir dengan versi Android Wear, sementara Asus, Motorola, LG dan termasuk Apple telah mengumumkan jam tangan mereka pada tahun ini. Terdapat beberapa syarikat lain yang masih merancang untuk memperkenalkan jam tangan mereka dalam bulan-bulan akan datang ini.

Akhirnya, jam tangan pintar yang memfokuskan kepada masa.Hewlett-Packard turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini. HP telah mengumumkan kerjasama dengan pereka Michael Bastian sebelum ini, dan hari ini mereka telah pun memperlihatkan ia secara rasminya dibawah nama MB Chronowing.

MB Chronowing memfokuskan kepada rekabentuk, disamping pada masa yang sama memfokuskan kepada penawaran beberapa ciri-ciri pintar hasil integrasi dengan telefon Android atau iPhone anda. Berbeza dengan pelbagai jam tangan pintar lain, MB Chronowing ini tidak membawakan skrin sentuh dan tiada mikrofon atau sebarang sensor.

MB Chronowing memfokuskan kepada perkara utama – iaitu jam. Jam diperlihatkan hampir sepanjang masa, selain notifikasi daripada aplikasi seperti emel, cuaca, saham, mesej, panggilan dan sebagainya turut diperlihatkan pada skrin tersebut.

MB Chronowing

Jam tangan ini juga turut membawakan sokongan pintar seperti kebolehan tukar waktu mengikut timezone lokasi anda berada, disamping sync dengan kalendar untuk memperlihatkan temujanji semasa anda. Pembangunnya mengatakan bateri pada peranti ini boleh bertahan sehingga seminggu, selain turut menyertakan sokongan kalis air.

Jam tangan MB Chronowing ini memfokuskan lebih kepada penawaran fesyen, dan ia akan dijual melalui Gilt.com secara eksklusif. Versi biasa akan ditawarkan pada harga $349 (~RM1148), sementara versi terhad menggunakan tali berasaskan kulit buaya akan dijual pada harga $649 (~RM2134).


TIPS & ULASAN