Cari @ Amanz

BlackBerry sebelum ini telah mengumumkan akan menawarkan fungsi untuk menghantar mesej pada BBM yang bermasa dan akan dipadam daripada sistem selepas masa tersebut, dan juga fungsi memadam mesej yang telah dihantar. Kini, pihak BlackBerry telah mula menawarkan kemaskini kepada pengguna BBM yang membawakan kedua-dua fungsi ini, selain kebolehan menghantar gambar dalam bentuk resolusi penuh dan sebagainya.

BBM

Pengenalan kedua-dua fungsi ini dilihat ingin memberikan pengguna lebih kawalan terhadap mesej yang dihantar di BBM. Fungsi yang dinamakan sebagai Timed Messages ini membolehkan anda menetapkan jangka masa untuk sesuatu gambar atau mesej dipadam selepas dibuka penerima. Apa pun, BlackBerry turut menekankan yang mana mereka hanya mengawal ia disistem sahaja, dan masih terdapat kemungkinan yang mana pengguna merakamkan skrin dan sebagainya.

Fungsi Times Messages dan juga Message Retraction ini akan ditawarkan secara percuma untuk tempoh tiga bulan akan datang ini, dan pihak BlackBerry mengatakan ia akan ditawarkan dalam bentuk langganan BBM selepas ini. Harga langganan masih tidak diumumkan buat masa ini.

Selain daripada dua fungsi tersebut, pihak BBM turut menawarkan fungsi melihat apakah lagu yang sedang didengar rakan-rakan mereka pada BBM, kebolehan menghantar gambar pada resolusi tinggi, dan juga kemudahan untuk memilih sticker pada BBM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd