Evernote Membawakan Sokongan Permesejan Melalui Work Chat – Memudahkan Kolaborasi Dan Perbincangan

Evernote Membawakan Sokongan Permesejan Melalui Work Chat – Memudahkan Kolaborasi Dan Perbincangan

Diterbitkan pada November 1, 2014 oleh .

Evernote boleh dikatakan merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang digunakan ramai memandangkan ia menawarkan kemudahan kolaborasi dan catitatn nota yang mudah pada peranti mudah-alih, atau pada desktop dan melalui web. Terkini, mereka turut menambah sebuah fungsi baru, dinamakan sebagai Work Chat.

Work Chat

Work Chat

Work Chat merupakan salah satu fungsi yang membolehkan pengguna berkolaborasi dan berbincang dengan rakan-rakan sekerja dalam membuat sesuatu dokumen – disamping memudahkan anda berkongsi nota dengan yang lain.

Pihak Evernote mengatakan fungsi ini membolehkan anda berbincang dengan rakan lain tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan seperti sebelumnya, sekaligus memudahkan anda memfokuskan kepada penulisan dan pembangunan sesuatu dokumen.

Sokongan perkhidmatan ini ditawarkan kepada pengguna Evernote, dan anda boleh menggunakannya hari ini dengan mengemaskini kepada versi baru aplikasi berkenaan di Android, iOS dan juga web.

Muat-Turun Evernote untuk Android

Muat-Turun Evernote untuk iOS

Layari : Evernote untuk web


TIPS & ULASAN