Cari @ Amanz

Google beberapa minggu lepas telah memperkenalkan Inbox yang memudahkan proses pengguna GMail membaca dan melihat informasi pada emel, dan terkini mereka turut memperkenalkan GMail 5.0 untuk Android yang turut membawakan sokongan akaun emel pihak lain seperti Outlook, Yahoo, IMAP dan POP terus pada klien tersebut.

Bersama-sama dengan pengenalan baru ini, ia menyertakan penggunaan antaramuka berasaskan Material Design daripada Google. Melaluinya, ia kini dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin dengan baik – termasuk tablet dan phablet.

GMail 5.0 Android

GMail 5.0 Android

Untuk sokongan emel pula, ia membolehkan anda menambah emel dengan sokongan IMAP/POP dan juga emel dengan sokongan Exchange. Dengan menambahnya, anda boleh menguruskan pelbagai emel terus pada klien GMail yang satu.

Google memperkenalkan sokongan emel ini secara berperingkat, jadi ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari sebelum anda menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd