Perkongsian fail antara peranti seperti Android dan iOS boleh dikatakan agak sukar, dan pihak Google dilihat ingin memudahkan perkara tersebut melalui sebuah fungsi baru yang dikenali sebagai “Copresence” buat masa ini.
Fungsi baru ini dijangka akan menggunakan beberapa kaedah untuk berkomunikasi antara peranti, dan untuk tujuan pengesahan ia dijangka akan menggunakan sokongan data lokasi dan Bluetooth – sementara fail dijangka akan dihantar menggunaakn WiFi atau WiFi Direct.
Melalui fungsi ini, ia dijangka akan membolehkan pengguna menghantar data seperti fail, gambar, mesej dan sebagainya dengan mudah, sekaligus memperlihatkan ia sebagai salah satu penaik-tarafan fungsi Android Beam.
Fungsi baru ini dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna dalam beberapa minggu lagi, dan mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut mengenai sokongannya tidak lama lagi.