Console Living Room Membolehkan Anda Memainkan Lebih 900 Permainan Arked Klasik Di Pelayar Web

Console Living Room Membolehkan Anda Memainkan Lebih 900 Permainan Arked Klasik Di Pelayar Web

Diterbitkan pada November 2, 2014 oleh .

The Internet Archive sedia popular dengan menyediakan pelbagai bahan rujukan memfokuskan teknologi bersejarah, dan terkini mereka menambah pelbagai permainan permainan arked klasik pada penawaran mereka.

Atari 2600

Melalui penawaran yang dinamakan sebagai Console Living Room ini, pelbagai permainan klasik disediakan, dan pengguna boleh memainkannya menggunakan sebarang pelayar web moden pada masa kini.

Pelbagai permainan daripada konsol berbeza disediakan, termasuk daripada Atari, Sega Genesis, Bandai Super Vision 8000 dan sebagainya. Pengguna hanya perlu memilih permainan konsol yang diinginkan dan memainkan ia terus pada pelayar web.

Apa pun, salah satu kekurangan buat masa ini adalah dimana ia tidak menyokong bunyi, dan menurut pembangunnya, ia akan ditambah tidak lama lagi.

Layari : Console Living Room


TIPS & ULASAN