Cari @ Amanz

Beberapa laporan telah hadir sebelum ini mengatakan Apple akan hadir dengan iPad bersaiz sekitar 12-inci, dan terkini ia dikatakan berkemungkinan akan dipasarkan oleh Apple sebagai pesaing untuk Surface daripada Microsoft.

Mungkinkah ini adalah MacBook bersaiz 12-inci yang diperkatakan selama ini?Dengan saiz 12.2-inci, mungkin ramai sedia maklum yang mana ia agak kurang selesa untuk digunakan secara menegak, dan lebih sesuai digunakan secara melintang. Pelbagai fungsi seperti iPad sedia ada dijangka akan dikekalkan, termasuk TouchID, penggunaan kabel Lightning dan posisi kamera hadapan di tempat sedia ada. Tablet ini dikatakan akan bersaiz lebih nipis berbanding iPhone 6 Plus.

iPad pada saiz sedia ada telah pun digunakan ramai dengan papan kekunci pihak ketiga untuk tujuan membuat tugasan, dan berkemungkinan dengan pengenalan iPad pada saiz 12-inci ini ia akan memudahkan lagi tugasan untuk tujuan perusahaan.

iPad Pro baru ini dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun 2015 kelak, berkemungkinan dengan pelancaran iWatch kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd