Oppo pada minggu lepas telah memperkenalkan dua peranti baru. Satu adalah Oppo N3 yang membawakan kamera berputar automatik, dan satu lagi adalah telefon pintar paling nipis daripada mereka, iaitu Oppo R5. Oppo R5 merupakan kemaskini kepada keluarga “R” daripada Oppo yang memfokuskan kepada ketebalan dan rekaan peranti, disamping menawarkan pemprosesan pada spesifikasi pertengahan.
Oppo R5 | |
---|---|
Pemproses | Snapdragon 615 MSM8939 |
RAM | 2GB |
Kamera Depan | 5-megapixel |
Kamera Belakang | 13-megapixel |
Skrin | 5.2″ AMOLED |
Bateri | 2000mAh VOOC |
Lain-Lain | 4G LTE |
Oppo memasarkan R5 sebagai telefon pintar paling nipis di dunia, yang mana membawa ketebalan hanya sekitar 4.85mm sahaja. Disamping itu, ia juga dilihat membawakan binaan yang kukuh, serta membawakan sedikit rekaan elegan berbanding beberapa peranti lain di pasaran.
Oppo R5 dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras daripada Qualcomm, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci AMOLED yang membawakan paparan pada resolusi penuh. Pengeluar peranti terkemuka dari China ini juga turut mengatakan yang mana peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi “Cool Element” untuk membolehkan ia beroperasi tanpa mengeluarkan haba yang tinggi – dimana ia merupakan salah satu perkara yang telah menjadi kebiasaan pada peranti pintar berasaskan rekaan logam pada hari ini.
Untuk tujuan rakaman, pihak Oppo menyertakan kamera belakang 13-megapixel pada Oppo R5, yang mana turut hadir dengan sokongan Pure Image 2.0+. Menggunakannya, pengguna boleh memuat-turun beberapa fungsi tambahan, termasuk kebolehan merakamkan gambar dalam bentuk RAW. Bercakap mengenai kameranya juga, pihak Oppo turut menawarkan masa rakaman dengan fokus yang lebih pantas, disamping kebolehan merakamkan gambar pada resolusi 50-megapixel.
Terpaksa korbankan ruangan audio-jack
Seperti pada Oppo N3, peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas melalui VOOC yang membolehkan pengguna mengecas peranti sehingga 75% dalam masa tiga puluh minit sahaja.
Apa pun, seperti biasa, terdapat beberapa kekurangan pada peranti ini. Saiznya yang amat nipis membuatkan pengguna terpaksa korbankan ruangan audio-jack yang mana tidak disertakan pada peranti ini. Kenipisan dan rasanya yang amat ringan juga membuatkan beberapa pengguna untuk tidak begitu selesa menggunakan ia ketika menaip mesej.
[amanz-gallery]