OnePlus Menjadualkan Acara Bertemu Peminat Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

OnePlus Menjadualkan Acara Bertemu Peminat Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada November 2, 2014 oleh .

OnePlus merupakan salah satu jenama telefon pintar yang agak popular dikalangan peminat Android, terutamanya disebabkan harga tawarannya yang murah dan kerana ia hadir dengan penggunaan CyanogenMod 11 secara terbina. Kini, dengan perancangan mereka untuk memasuki pasaran tempatan, pihak OnePlus turut menjadualkan sebuah acara bertemu peminat di Subang Jaya Pada minggu hadapan.

OnePlus One

Melalui acara berkenaan, pihak OnePlus dijangka akan memperlihatkan OnePlus One, disamping beberapa aksesori daripada mereka, termasuk berpeluang untuk menemui pasukan OnePlus.

Memandangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad, tiketnya dilihat telah habis buat masa ini. Namun, seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini mutakhir daripada acara berkenaan, termasuk sekiranya pihak OnePlus berkongsi sebarang perancangan mereka untuk pasaran tempatan.

Baca : Pandang pertama OnePlus One


TIPS & ULASAN