Carian
TaxiMonger Menambah Bitcoin Sebagai Salah Satu Kaedah Pembayaran
November 3, 2014 Aman

TaxiMonger merupakan salah satu penyedia perkhidmatan tempatan yang menghubungkan pengguna dengan pemandu teksi, beroperasi lebih kurang seperti MyTeksi dan EasyTaxi. Buat masa ini, ia meliputi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Seremban dan juga Johor Bahru.

Terkini, sebagai salah satu kemaskini, pihak TaxiMonger telah menambah mod pembayaran menggunakan Bitcoin pada perkhidmatan mereka. TaxiMonger mengimplementasikan sokongan ini dengan kerjasama pihak Bitpos.

TaxiMonger Bitcoin

Untuk yang tidak mengenali akan Bitcoin, ia merupakan salah satu matawang digital yang meningkat popular sejak setahun yang lepas. Walaubagaimanapun, penggunaannya dikalangan pengguna umum masih rendah dan tidak begitu meluas.

Sebelum ini, salah satu restoran telah menambah sokongan untuknya, termasuk salah satu stesen minyak tempatan. Penambahan mod pembayaran berasaskan Bitcoin ini dijangka akan menambah lagi angka pengguna tempatan yang menggunakannya, namun seperti biasa, ia masih tidak diiktiraf oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Komen