Kini Anda Boleh Melawat Pulau Jeju, Korea Selatan Menggunakan Google Street View

Kini Anda Boleh Melawat Pulau Jeju, Korea Selatan Menggunakan Google Street View

Diterbitkan pada November 3, 2014 oleh .

Korea Selatan merupakan salah satu destinasi pelancongan popular dikalangan rakyat tempatan yang suka akan budayanya. Antara tempat yang menarik adalah Pulau Jeju, yang juga telah diisytihar sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2007. Sekiranya anda telah pergi ke Korea namun terlepas peluang untuk mengunjungi Pulau Jeju, Google Street View kini ditawarkan untuk beberapa lokasi menarik disana.

geomunoreum Street View

Antara lokasi menarik yang dimuatkan dalam Google Street View adalah puncak Seongshan Ilchulbong dan bukit Geomunoreum, dan gua Manjang. Kesemua lokasi ini merupakan lokasi alam semulajadi dan kini boleh dilihat menggunakan Google Street View. Selain Street View, terdapat juga inisiatif Google Cultural Institute yang mengongsikan sesetengah budaya kedalam laman web mereka. Koleksi lukisan lama Tamna Sullyeokdo dan sejarah nelayan wanita Haenyeo turut dimuatkan didalam laman web ini.

Jeju Haenyeo Street View

Sehingga kini, Google Street View untuk alam semulajadi telah diwujudkan untuk Gurun Liwa UAE, Taman Negara Gombe Tanzania, Piramid di Giza, malahan sehingga 16 lokasi menarik di Malaysia boleh dilihat menerusi Street View. Dengan penambahan kawasan diliputi Street View, ia semestinya memudahkan anda untuk meninjau sesuatu kawasan sebelum dilawati.


TIPS & ULASAN