Padang Bola Menjana Elektrik Daripada Hentakan Kaki Pemain Di Brazil

Padang Bola Menjana Elektrik Daripada Hentakan Kaki Pemain Di Brazil

Diterbitkan pada November 3, 2014 oleh .

Juara Piala Dunia sekarang adalah milik Jerman tetapi negara yang paling dikaitkan dengan Bola sepak ialah JDT Brazil. Negara Amerika Selatan ini memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1930. Jumlah pemain legenda juga banyak berasal dari Brazil. Sungguhpun begitu adalah memalukan kemudahan padang bola sepak dengan prasarana yang sempurna masih lagi terhad. Penduduk rumah setinggan ataupun favelas masih lagi bermain bola sepak di atas jalan raya. Melihat masalah ini pihak Shell dengan bantuan Pavegen membina  padang bola sepak pertama yang menjana tenaga elektrik dari pemain bola sepak yang bermain di atasnya. Ianya terletak di sebuah kawasan setinggan di Rio de Janiero, Brazil. Setiap derapan kaki pemain dikumpul dan tenaga kinetik diubah kepada tenaga elektrik.

pavegen-2

Teknologi ini dibangunkan oleh Pavegen dan sebelum ini digunakan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow. Panel Pavegen mempunyai sistem gabus yang berputar apabila dipijak. Dari pergerakan gabus ini tenaga elektrik dijana menggunakan dinamo. Ianya kemudian disimpan untuk mengusai lampu limpah yang diletakkan sekeliling padang. Selain mengumpulkan tenaga kinetik pemain bola sepak, padang bola sepak ini juga menggunakan panel solar bagi memenuhi keperluan tenaga seharian. Sebuah lagi teknik menjana bekalan elektrik yang kreatif. Sebelum ini ada kami paparkan sistem Solar Roadways, permukaan jalanraya dengan panel solar terbina. Dengan penggunaan teknologi tenaga alternatif ini ke pergantungan manusia kepada tenaga fosil akan berkurangan. Sumber tenaga ini semakin terhad dan mahal. Sudah tiba masanya Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan tenaga matahari memanfaatkan pemberian Allah dan menggunakan sumber percuma ini.

RIO_0156_LR2

 


TIPS & ULASAN