UXMalaysia – Pelajari Berkenaan UI & UX Pada 29 November Ini

UXMalaysia – Pelajari Berkenaan UI & UX Pada 29 November Ini

Diterbitkan pada November 3, 2014 oleh .

Sekiranya anda seorang pembangun, sudah tentu anda biasa akan istilah UI / UX. Bagi yang tidak mengetahuinya UI merupakan singkatan kepada User Interface, iaitu paparan antaramuka dan UX pula ialah singkatan kepada User Experience, iaitu pengalaman menggunakannya. Ia adalah prinsip terpenting dalam pembangunan baik aplikasi mahupun laman web, dan UX Malaysia bakal membawakan seminar tersebut pada 29 November ini.

uxmy2014_speakers_and_trainers-01-01

Lebih dari 5 panel penceramah bakal hadir pada acara tersebut bagi berkongsi tips dan teknik berkenaan UI & UX. Antaranya termasuklah pengasas bersama UX Hong Kong iaitu Dan Szuc yang akan berkongsi mengenai pembangunan pasukan UX, Andrew Mayfield dari Optimal Workshop yang akan berbincang mengenai UX dan kedai atas talian, serta Alvin Chai dari Netizen Testing yang juga merupakan startup tempatan. Masih terdapat beberapa ruang yang belum diumumkan namun dari jika dilihat dari jadual yang telah disenaraikan, ia seharusnya menjadi kemestian buat pereka web mahupun pemilik bisnes untuk menghadirinya.

Seminar selama sehari ini bertempat di Menara SSM KL Sentral dan pihak UX Malaysia turut memberikan diskaun untuk pembaca Amanz. Semasa tempahan melalui Eventbrite, gunakan kod “AmanzLuvUXMY” untuk menerima diskaun tiket sebanyak 15%. Harga jualan tiketnya bermula RM450.

Sertai: Seminar UX Malaysia 29 November 2014


TIPS & ULASAN