Sony SmartBand Talk Membawakan Tanda Harga RM579 Di Malaysia

Sony SmartBand Talk Membawakan Tanda Harga RM579 Di Malaysia

Diterbitkan pada November 3, 2014 oleh .

Sony pada IFA 2014 yang lepas telah memperkenalkan beberapa peranti baru, dan turut telah mula melancarkan ia secara berperingkat di Malaysia. Selepas memperkenalkan telefon pintar dan tablet, kini pihak Sony turut sama melancarkan SmartBand Talk SWR30 untuk pasaran tempatan.

Sony Smartband Talk

Melalui peranti boleh-pakai ini, ia membawakan skrin berasaskan E-Ink, membolehkan anda melihat notifikasi, dan masa, selain mana ia turut menyertakan mikrofon dan speaker terbina untuk memudahkan pengguna menjawab panggilan.

SmartBand Talk turut dilengkapi sokongan kalis air, dan menggunakan ruangan mikro-USB untuk pengecasan. Untuk menggunakannya, pengguna memerlukan peranti Android 4.4 KitKat dan terkini, serta aplikasi Lifelog yang dipasang pada peranti mereka.

Di Malaysia, SmartBand Talk membawakan harga jualan saranan sebanyak RM579.


TIPS & ULASAN