Mozilla Bakal Melancarkan Pelayar Web Khusus Untuk Pembangun Pada Minggu Hadapan

Mozilla Bakal Melancarkan Pelayar Web Khusus Untuk Pembangun Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada November 3, 2014 oleh .

Mozilla sedia popular dikalangan pengguna melalui penawaran pelayar web Firefox mereka, dan hari ini pembangunnya mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan sebuah pelayar web baru dengan memfokuskan kepada para pembangun seawal minggu hadapan.

Pelayar web baru tersebut dijangka diperkenalkan pada 10 November, bersempena dengan ulang-tahun ke-10 untuk Firefox. Melalui pelayar web khusus untuk pembangun ini, ia dijangka membolehkan pembangun untuk debug web tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi dan perisian.

Pelayar web baru ini juga dijangka akan mengintegrasikan beberapa fungsi popular, termasuk WebIDE dan juga Firefox Tools Adapter.

Dengan tarikh 10 November yang tinggal lebih kurang tujuh hari lagi, sama-sama kita nantikan apakah pelayar web baru ini akan bawakan untuk pembangun.


TIPS & ULASAN