Pelbagai pengeluar telah mengesahkan peranti-peranti yang akan menerima Android 5.0 Lolipop, tetapi pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Apa yang pasti, kedua-dua peranti flagship mereka, iaitu Galaxy S5 dan Galaxy Note 4 dijangka akan menerimanya sekitar Disember ini.
Selain kedua-duanya, kini laporan baru hadir mengatakan Galaxy S4 turut akan menerimanya. Galaxy S4 telah dilancarkan pada 2013 yang lepas, dimana sehingga kini ia telah menerima kemaskini untuk Android 4.3 dan juga Android 4.4. Kemaskini Android 5.0 Lolipop akan menjadi kemaskini ketiga yang diperkenalkan untuknya kelak.
Android 5.0 Lolipop membawakan sedikit perubahan dari segi antaramuka, selain turut dioptimasikan bahagian baterinya. Ia turut hadir dengan ART yang membuatkan ia berfungsi dengan lancar.
Sekiranya benar Galaxy S4 menerimanya, adalah tidak mustahil untuk Galaxy Note 3 turut menerima kemaskini Lolipop daripada Samsung.
https://www.youtube.com/watch?v=AU3H1t0kIrQ