Aplikasi Samsung KidsTime Dengan Sokongan Bahasa Malaysia Sedia Dimuat-Turun Pengguna Tempatan

Aplikasi Samsung KidsTime Dengan Sokongan Bahasa Malaysia Sedia Dimuat-Turun Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada November 4, 2014 oleh .

Samsung sedia mempunyai beberapa aplikasi menarik dibawah penawaran mereka, dan terkini mereka menambah penawaran dengan melancarkan aplikasi Samsung KidsTime dengan sokongan Bahasa Malaysia secara rasminya.

Samsung KidsTime menawarkan lebih 80 aplikasi dan kandungan yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia antara 3 ke 7 tahun, sekaligus membolehkan anak-anak anda mempelajari perkara baru menggunakan tablet dalam kaedah interaktif.

Aplikasi yang ditawarkan untuk kanak-kanak ini meliputi aplikasi berbentuk bacaan, aplikasi sains, matematik dan beberapa permainan berbentuk alterantif seperti Dora. Disamping itu, pihak Samsung menawarkan langganan percuma selama sebulan untuk pengguna mendapatkan lebih 80 tajuk percuma melaluinya.

Para ibu bapa juga turut boleh menerima laporan penggunaan anak mereka ketika menggunakan tablet – sekaligus memudahkan ibu bapa mengetahui aktiviti anak-anak mereka.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store atau Samsung Galaxy Apps.

Samsung KidsTime

Muat-Turun Samsung KidsTime untuk Android


TIPS & ULASAN