Microsoft Membuka Pendaftaran Minat Untuk Mencuba Fungsi Terjemahan Masa-Nyata Di Skype

Microsoft Membuka Pendaftaran Minat Untuk Mencuba Fungsi Terjemahan Masa-Nyata Di Skype

Diterbitkan pada November 4, 2014 oleh .

Pada bulan Mei yang lepas, pihak Microsoft telah mempertontonkan sokongan terjemahan masa-nyata menggunakan Skype, dimana anda boleh berhubung dengan rakan lain menggunakan bahasa kegemaran anda, dan ia akan diterjemahkan dalam bentuk masa-nyata dan diperdengarkan kepada rakan anda.

Ketika itu, gergasi perkomputeran tersebut telah menjanjikan untuk menawarkan percubaan awal untuk fungsi yang dinamakan Skype Translator tersebut seawal penghujung tahun ini. Seperti dijanjikan, kini mereka telah pun memulakan pendaftaran minat untuk mencuba fungsi Skype Translator tersebut.

Untuk permulaan, program ini akan diperkenalkan kepada pengguna komputer dan tablet Windows 8.1 terlebih dahulu, dan ia akan diuji dalam kelompok kecil dan pilihan bahasa yang terhad.

Skype tidak memberitahu pilihan bahasa yang akan ditawarkan pada peringkat awal, tetapi melalui halaman pendaftaran minat, mereka memaparkan beberapa bahasa seperti Arab, Cina, Jerman, Jepun, Sepanyol, Korea, dan sebagainya.

Dengan fungsi ini, Skype ingin mengurangkan jurang bahasa untuk perbualan, disamping memudahkan anda berbual dengan lain menggunakan bahasa ibunda tanpa masalah.

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendaftarkan minat hari ini, dan melihat sama ada adakah anda terpilih untuk menyertai program tersebut ataupun sebaliknya.

Layari : Halaman Skype Translator


TIPS & ULASAN