Cari @ Amanz

Google hari ini mengumumkan kemaskini aplikasi Google Calendar untuk Android, yang mana membawakan pelbagai ciri-ciri pintar baru dalam menjimatkan masa pengguna dalam menguruskan jadual mereka.

Google Calendar

Melalui kemaskini baru ini, ia diintegrasikan dengan lebih baik kepada GMail, dimana setiap emel berbentuk jemputan ke sesuatu acara boleh diubah secara automatik kepada jadual di Google Calendar. Perkara ini dikatakan Google akan dikemaskini secara masa-nyata mengikut emel-emel yang diterima termasuk sekiranya ia ditangguhkan dan sebagainya.

Disamping itu, Google mengintegrasikan fungsi Assists untuk membantu anda menambah maklumat untuk sesuatu penambahan di jadual termasuk dari segi nam dan lokasi.

Akhir sekali, Google Calendar yang baru ini lebih memudahkan pengguna untuk mengikuti jadual harian dan bulanan mereka, tidak kira menggunakan apa jua saiz peranti – hasil penggunaan rekabentuk Material Design oleh Google.

Google Calendar baru ini boleh digunakan pada Android 4.1 (dan terkini), dan ia akan diperkenalkan secara berperingkat melalui Google Play. Google turut mengatakan versi iPhone untuk aplikasi berkenaan akan hadir tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd