Android 5.0 Lollipop Kini Sedia Dimuat Turun

Android 5.0 Lollipop Kini Sedia Dimuat Turun

Diterbitkan pada November 4, 2014 oleh .

Penantian selama 5 bulan untuk Android 5.0 Lollipop kini akhirnya berakhir. Google hari ini mengesahkan kemas kini paling mutakhir sistem operasi mereka ini sedia untuk dimuat turun. Kemaskini ini akan membawakan perubahan drastik pada antaramuka telefon pintar dan tablet. Seperti biasa peranti keluarga Nexus akan menerima kemas kini ini terlebih dahulu.

3rdparties

Bagi peranti Nexus, hanya Nexus 4, 5, 7 (edisi 2012, 2013) dan 10 akan menerima kemas kini ini. Berita yang menyedihkan buat pengguna Galaxy Nexus. Penggunaan antaramuka Material Design Lollipop yang minimalis akan memudahkan peranti kurang berkuasa untuk berfungsi dengan lancar setanding dengan peranti berkuasa tinggi. Secara teorinya dengan Lollipop sebuah Moto G akan berfungsi dengan lancar setanding dengan sebuah Xperia Z3.

Jadi kepada pembaca Amanz yang mempunyai peranti Nexus, rajin-rajinlah melihat notifikasi kemasan sistem operasi anda hari ini. Kami difahamkan peranti tablet Nexus akan terlebih dahulu menerima kemas-kini berbanding telefon pintar. Seperti biasa, ia akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna. Selamat mengemaskini dan nikmatilah gula-gula Google anda hari ini.

Baca : Fungsi baru pada Android 5.0 Lolipop


TIPS & ULASAN