Samsung Mempunyai Visi Baru Untuk Galaxy S6 Melalui “Project Zero”

Samsung Mempunyai Visi Baru Untuk Galaxy S6 Melalui “Project Zero”

Diterbitkan pada November 4, 2014 oleh .

Samsung pada tahun ini telah pun melancarkan Galaxy S5 dan juga Galaxy Note 4. Seperti biasa, dengan bulan Mac 2015 yang menjelang tiba, kini pihak Samsung dilihat telah pun memulakan pembangunan dan perancangan awal untuk telefon pintar generasi baru mereka.

Untuk Galaxy S6, Samsung dilihat mempunyai visi yang serba baru dengan projek yang dinamakan “Project Zero”. Seperti semua sedia maklum, pembangunan semua peranti mempunyai nama kod mereka tersendiri, tetapi ini dilihat kali pertama pihak Samsung beralih daripada penggunaan abjad dan memulakannya dengan “Project Zero”.

Spesifikasi dan fungsi yang akan dibawakan masih tidak diketahui buat masa in. Tetapi pihak Samsung dilihat akan hadir dengan sesuatu yang unik – apatah lagi dengan ujian mereka melalui rekabentuk baru dibawah keluarga A.

Samsung biasanya melancarkan Galaxy S baru pada suku pertama tahun, dan mungkin kita akan dapat melihat pelancarannya sekitar MWC 2015 yang dijadualkan pada awal Mac.


TIPS & ULASAN