Rangkaian Hotel Starwood Kini Membolehkan Penginap Hotel Memasuki Bilik Menggunakan Telefon Pintar

Rangkaian Hotel Starwood Kini Membolehkan Penginap Hotel Memasuki Bilik Menggunakan Telefon Pintar

Diterbitkan pada November 4, 2014 oleh .

Pada pengumuman iPhone 6 bulan September yang lalu Apple telah memperkenalkan Apple Pay, membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui telefon pintar terus kepada penjual melalui integrasi TouchID dan terminal NFC. Terbaru, rangkaian hotel terkemuka Starwood membolehkan penginap rangkaian hotel mereka untuk memasuki bilik menggunakan telefon pintar iPhone dan Android menggunakan aplikasi SPG Starwood Hotels & Resorts.

Buat masa ini hanya beberapa jenama hotel didalam keluarga Starwoord yang membolehkan penginap membuat kemasukan tanpa kunci iaitu Aloft Hotel, Westin dan juga W Hotels dan terhad kepada lokasi tertentu. Bagi pengguna tempatan, lokasi terdekat untuk mencubanya adalah W Hotel Sentosa, Singapura dan ia tidak diketahui bilakah rangkaian tempatan (seperti Aloft KL Sentral) akan menerima kebolehan kemasukan sebegini.

screenshot_73

Menggunakannya, pengguna yang telah membuat tempahan hotel ini akan mendapat maklumat mengenai bilik mereka serta kunci berasaskan Bluetooth menerusi aplikasi ini dalam tempoh 24 jam sebelum hadir ke hotel tersebut. Penginap juga tidak perlu mendaftarkan diri di lobi, sebaliknya boleh terus pergi ke bilik mereka dan menyentuhkan telefon pintar mereka ke terminal pengesan pada pintu bilik hotel.

Pengguna memerlukan iPhone 4S keatas dan juga peranti Android 4.3 keatas untuk menggunakan fungsi ini. Rangkaian Hotel Hilton juga bakal melakukan perkara sebegini tidak lama lagi namun terhad kepada rangkaian hotel mereka di Amerika. Dengan kemudahan seperti ini, ia secara tidak langsung akan menyemarakkan pembayaran melalui telefon pintar namun ia mungkin bakal mengambil masa buat pasaran tempatan.

Layari: SPG Keyless


TIPS & ULASAN