Yahoo! Dilaporkan Bakal Menutup Pejabat Operasi Di Malaysia Pada 14 Disember

Yahoo! Dilaporkan Bakal Menutup Pejabat Operasi Di Malaysia Pada 14 Disember

Diterbitkan pada November 4, 2014 oleh .

Yahoo! merupakan salah satu portal internet yang popular di dunia, dan sehingga kini masih ramai yang menggunakan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, termasuk Flickr, Tumblr dan juga Yahoo! Mail.

Di Malaysia sendiri, pihak Yahoo! mempunyai pejabat mereka tersendiri, dimana terdiri daripada editor dan juga pasukan jualan untuk pengiklanan. Namun, ia mungkin tidak akan kekal untuk waktu yang lama.

Terkini, TechCrunch melaporkan yang mana Yahoo! dalam usaha penstrukturan semula akan menutup beberapa pejabat operasi mereka, termasuk di Malaysia. Malah, beberapa pekerja dipasukan jualan dilaporkan telah pun dihentikan.

Yahoo! sendiri boleh dikatakan mengalami pengurangan penggunaan dari hari ke hari, dan lebih ramai telah beralih ke beberapa portal lain – disamping dengan penggunaan peranti mudah-alih, pengguna lebih selesa menggunakan peranti mudah-alih untuk pelbagai tujuan.

Selain Malaysia, negara lain yang dilaporkan terlibat adalah termasuk Indonesia dan juga Vietnam. Seperti biasa, pihak Yahoo! tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.


TIPS & ULASAN