Gresso R1 : Sebuah Lagi Peranti Android Mewah
Artikel Berkaitan

Gresso R1 : Sebuah Lagi Peranti Android Mewah

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Pasaran peranti Android mewah sebelum ini dimonopoli oleh Vertu. Vertu Aster dan Bantley diperkenalkan oleh mereka bulan lalu mencecah harga RM 50 000 sebuah. Kini muncul sebuah lagi peranti Android mewah dan kali ini ia dihasilkan di Russia. Gresso R1 ialah peranti dengan skrin 5″ HD penuh. Ia diperkasakan pemproses 1.5 GHz empat teras, 2 GB RAM, muatan dalaman  32 GB dan kamera utama sebesar 13 Megapixel. Ia dibina dengan menggunakan logam titanium. Harga jualan adalah sekitar  3000 Dollar sebuah. Yang kami rasakan menarik ialah Gresso R1 masih menggunakan sistem operasi Android 4.2.2. Dari segi spesifikasi juga ialah jauh ketinggalan berbanding peranti kelas tinggi yang wujud di pasaran. Pesaing terhampirnya, Vertu Aster dilengkapi pemproses 2.3 GHz empat teras Snapdrgon 801. Jadi pilihan pihak Gresso menggunakan SOC yang sudah ketinggalan zaman adalah menghairankan.

Gresso-Regal-R1-Luxury-Android-Phone-image-1-672x372Gresso-Regal-R1-Luxury-Android-Phone-image-2-630x472


TIPS & ULASAN