Perfect Bake : Mesin Penimbang Resipi Pintar

Perfect Bake : Mesin Penimbang Resipi Pintar

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Kalau ada kelapangan kami gemar memasak kek. Masalah utama apabila memasak kek ialah mengambil sukatan yang betul untuk saiz dikehendaki. Resipi di atas talian untuk kek berdiameter 20 sentimeter tetapi kami hanya mempunyai talam sebesar 12 sentimeter. Jadi kerap kali resipi yang ditemui diubah suai dengan sukatan yang harus diagak-agak. Hasilnya ialah kek yang kurang sedap dari yang kami mahukan. Dengan mesin penimbang Perfect Bake masalah mengagak sukatan yang betul untuk memasak kek dapat diselesaikan. Ianya adalah sebuah penimbang pintar yang digunakan dengan peranti pintar anda. Melalui aplikasi khas anda boleh mencari resipi kek, kuih ataupun minuman koktel kegemaran anda. Pilih jumlah makanan ataupun minuman yang anda mahukan dan aplikasi akan memberikan sukatan berdasarkan nilai yang dipilih. Tuang sahaja bahan yang perlu digunakan ke dalam mangkuk khas dan aplikasi akan mengesan sukatan yang sepatutnya. Tidak perlu lagi mengira berapa banyak sudu teh vanila ataupun jumlah tepung dalam gram. Segalanya akan diberitahu oleh aplikasi Perfect Bake. Mesin penimbang pintar ini sesuai untuk manusia moden yang tidak suka keremehan membuat kek seperti kami. Set Perfect Bake dijual pada harga RM 233 dan aplikasinya menyokong peranti Android dan IOS. Masaklah dengan pintar menggunakan aplikasi pintar!

 perfect-Bake-1

perfect-Bake-2


TIPS & ULASAN