Facebook Memperkenalkan Sokongan Untuk Membuka Pautan Tanpa Meninggalkan Aplikasi Dengan Meluas

Facebook Memperkenalkan Sokongan Untuk Membuka Pautan Tanpa Meninggalkan Aplikasi Dengan Meluas

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Pada laman sosial Facebook, pelbagai pautan dikongsikan, yang mana membuatkan pengguna terpaksa meninggalkan aplikasi Facebook ketika ingin melayarinya. Kini, pihak Facebook membawakan kemaskini, menyertakan sebuah pelayar web terbina pada aplikasi mereka.

Facebook Browser

Fungsi ini telah diuji dalam bentuk beta sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini ia dilihat turut telah diintegrasikan pada aplikasi versi stabil untuk Android daripada Facebook.

Melaluinya, kini apabila pengguna membuka sesuatu pautan, ia akan dibuka melalui pelayar web terbina, dan tidak perlu meninggalkan aplikasi Facebook.

Pengguna boleh mengawal fungsi ini dengan ke halaman tetapan, dan mematikan fungsi membuka pautan melalui pelayar web terbina. Facebook sendiri masih tidak mengaktifkan ia kepada semua pengguna, dan mungkin akan diaktifkan melalui kemaskini akan datang.

Muat-Turun Facebook untuk Android


TIPS & ULASAN